Kisah Ku Di Luahkan Di Dalam Proposal Penceritaan & Penulisan Skrip

Dalam era kemodenan dunia sekarang kebanyakkan manusia sudah mula melupakan soal pegangan hidup mereka di atas bumi ciptaan ALLAH SWT. Mereka lebih suka berpandang kearah barat yang moden dan melalikan. Kemodenan pesat menyebabkan banyaknya berlaku perkara-perkara negatif di bandar mahupun di kampung.

Berkembangnya teknologi di perkampungan menyebabkan Roy semakin lalai terhadap perintah Ilahi malah dia lebih suka untuk melepak bersama-sama Joe dan kawan-kawannya. Namun begitu, ibu Roy sering menasihatinya agar menjadi anak yang soleh dan jangan menderhakai ibu bapanya. Roy seorang anak yang yatim, dia telah kehilangan bapanya sejak di lahirkan. Namun Roy mempunyai sikap-sikap positif yang telah ditanam oleh ibunya sejak kecil lagi.

Roy bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat. Syarikat tersebut merupakan syarikat kongsi ayahnya bersama kawan karib ayah Roy. Roy sering dating lambat ke pejabat menyebabkan beliau sering dinasihati oleh pengurus syarikat tersebut. Namun begitu roy tidak pernah mengambil peduli akan hal tersebut. Dia lebih gemar melakukan kerja yang dia mahukan. Walaupun sikap Roy sedemikian, dia tidak pernah ingkar terhadap suruhan ibunya walaupun beliau di dalam masalah yang amat besar.

Suatu petang, Roy disuruh oleh ibunya untuk membeli barang keperluan bagi perniagaan kuih ibunya. Semasa di kaunter pembayaran, Roy terlupa di mana dia simpan wang tersebut untuk membayar barangan itu. Setelah sekian lama mencarinya, tiba-tiba hadirnya seorang perempuan yang tinggi ilmunya terhadap agama bernama Niesya untuk membayar barangan yang di beli oleh Roy. Sikap Roy yang enggan menerima bantuan tersebut akhirnya akur setelah mendengar kata-kata yang di sampaikan oleh Niesya.

Roy telah menerima notis terakhir daripada syarikatnya kerana sikapnya yang sering lewat ke tempat kerja dan berlaku pertelingkahan di dalam pejabat majikannya. Pada waktu petang, di tempat lepak yang sama Roy hilang semangat untuk bergaul dengan kawan-kawannya. Dan Wan cuba menegurnya. Namun Roy tetap tidak menceritakan hal tersebut. Beberapa minit kemudian setelah azan asar berkumandang, Niesya melalui tempat lepak tersebut dan menegur Roy dan rakan-rakannya agar segerakan solat. Roy terpikat dengan kata-kata tersebut dan cuba mengikuti gerak geri Niesya dengan mempelajari agama sedikit demi sedikit.

Perubahan Roy di sambut baik oleh kawannya Wan, ibunya, dan bapa Niesya. Namun begitu kawannya Joe dan rakan-rakan yang lain tidak menyukai perubahan di berlaku dalam diri Roy. Roy tetap dengan keputusannya bersama-sama Wan dalam mengubah nasib hidupnya kearah kebaikkan. Namun masalah demi masalah yang berlaku sepanjang tempoh kearah kebaikkan. Roy di fitnah bapa saudara Niesya kerana mencuri, kenderaan Roy di rosakkan oleh kawanya Joe, dan sebagainya. Roy tetap bersabar dengan hal tersebut dan kesabarannya dikuatkan lagi oleh Wan, bapa Niesya, dan juga ibunya.

Oleh kerana sikap yang ditunjukkan oleh Roy semakin cemerlang. Pihak pengurusan pejabatnya bersetuju untuk menaikkan pangkat Roy sebagai penolong pengurusan. Kejayaan demi kejayaan yang di kecapi namun masalah pula berlaku di kampung halamannya. Kemunculan Amir di kampung tersebut membuatkan Roy tidak senang duduk dan asyik memikirkan soal Niesya. Amir merupakan tuning kepada Niesya yang belajar di Turki dan berada dalam semester akhir. Hadirnya Amir di kampung tersebut untuk berjumpa dengan tunangnya dan membincangkan untuk mempercepatkan perkahwinnya antara Niesya kerana Amir mendapat berita dari bapa saudaranya. Cerita yang disampaikan tersebut berpunca daripada kesilapan Niesya semasa keluar dengan adiknya dan juga Roy untuk makan dan bersembang soal agama. Namun ketika pertemuan dengan bapa saudara Amir, Niesya hanya bersama Roy sahaja, semasa kejadian tersebut adiknya pergi ke tandas. Dan ini menyebabkan Amir mahu menyegerakkan pernikahan tersebut.

Roy yang semakin jatuh hati dengan keperibadian Niesya akhirnya kecewa apabila mendapat berita tentang hal tersebut. Dan sesungguhnya Roy tidak mengetahui pertunangan Niesya bersama Amir. Roy mengamuk dan kecewa di dalam rumahnya dan di saksikan oleh ibunya dan Wan. Hal tersebut menyebabkan Roy meninggalkan rumah tanpa memberitahu kemana hendak pergi. Wan dan ibu Roy tidak senang hati dengan hal tersebut terus bertindak untuk mencari Roy di setiap sudut di kampung dan tidak berjaya menemukan Roy. Akhirnya ibunya pergi ke rumah Niesya dan menanyakan tentang Roy. Semasa pertanyaan ibunya terlihat Amir dan Niesya menceritakan tentang Amir. Ibunya mula memahapi apa yang berlaku dan berlalu pulang ke rumah.

Amir dengan kecewa akhirnya pulang ke rumah lewat malam. Ibunya yang memahami tentang kesedihan yang di alaminya mula memeluknya dan memberikan kata-kata semangat agar Roy tabah dalam setiap apa yang berlaku. Seminggu Roy mengambil cuti kecemasan untuk memulihkan kembali semangat beliau. Roy meneruskan kehidupannya dan telah berjaya menerima hakikat bahawa Niesya bukan miliknya. Roy terus mempelajari agama dengan bapa Niesya bersama Wan dan sudah tidak mempedulikan Niesya lagi. Niesya merasakan bersalah dengan apa yang telah berlaku dan meminta maaf kepada ibu Roy semasa pulang selepas solat Isyak.

Oleh kerana perasaan bersalah juga turut hadir dalam diri ayah Niesya. Dia cuba menjodohkan Roy dengan adiknya. Namun adiknya terpaksa dengan keputusan ayahnya. Sepanjang hubungan Roy dengan adiknya, Roy merasakan adiknya Niesya seperti terpaksa menerimanya. Roy memutuskan pertungannya dengan adik Niesya dan meneruskan hariannya seperti biasa.

Roy telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar syarikat tersebut dan berjaya membanggakan ibunya dengan kejayaan tersebut. Sepanjang meraikan kejayaan beliau, Amir telah bertemu dengan Roy di pejabatnya dan memberikan surat jemputan ke majlis perkahwinan mereka.

Sepanjang majlis tersebut, Amir telah terlibat dalam satu kemalangan dan menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian. 2 tahun berlalu masing-masing membuat hal kehidupan masing-masing. Roy di saat itu telah bergelar seorang Datuk yang kaya dan masih lagi menunggu membujang. Niesya pula telah menjadi seorang ustazah di sebuah sekolah kampung mereka. Wan pula telah berjaya dalam bidangnya.

PENUTUP
Roy pulang ke kampung untuk melawat kubur ibu dan ayahnya. Sepanjang perjalanan pulang Roy mengingati semula kejadian yang pernah di rasainya. Dalam tempoh tersebut Roy telah berselisih dengan Niesya di persimpangan menuju ke masjid. Roy menuruni kenderaan dan memandang dari jauh kekasih hatinya. Dan berhasrat untuk mengahwinya apabila Roy mendapat tahu bahawa Niesya juga masih keseorangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kre8tif! Conference & Contest Festival 2017

PANIGALE V4 PALING CANTIK

The Telekung Project